Bola Sepak

AMD A tepati ramalan rangkul kejuaraan Piala Pra-U 2021


Barisan pemain AMD A meraikan kejuaraan bergelar juara.

PASUKAN Akademi Mokhtar Dahari A (AMD A) membuktikan status sebagai pasukan pilihan yang dilabelkan pada Kejohanan Piala Pra-U 2021 tepat apabila tidak berdepan masalah menewaskan pasukan Bolasepak Universiti Malaysia (MUFT) 5-1 pada aksi akhir di Gambang, Pahang, semalam.

Mengekalkan rekod tanpa kalah disepanjang kejohanan berlangsung, AMD A membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan hadiah kemenangan RM10,000.

Bagi MUFT pula mereka  terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara membawa pulang hadiah kemenangan RM8,000 manakala tempat ketiga dimenangi AMD B yang menewaskan Akademi Bolasepak FELDA (ASBF) 2-0 untuk membawa pulang hadiah kemenangan RM6,000.

Kejohanan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang berlangsung selama enam hari itu turut memperkenalkan beberapa anugerah khas buat pemain yang beraksi dengan cemerlang sepanjang kejohanan yang julung kali diadakan itu.

AMD A turut merangkul  dua anugerah individu apabila penyerangnya, Abdul Rahman Daud muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan apabila merekodkan 10 gol sementara Adam Farhan Faizal pula dinobatkan sebagai pemain paling bernilai (MVP).

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: