Bola Sepak

Aksi separuh akhir kumpul 7.129 juta penonton


Oleh: JJFIRDAUS

EMPAT perlawanan separuh akhir TM Piala Malaysia 2021 yang berlangsung pada Isnin dan Jumaat lalu menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan apabila mencatat 7.129 juta tontonan menerusi platform YouTube Unifi.

Walaupun perlawanan berlangsung pada hari bekerja dan penyokong dibenarkan masuk ke stadium, angka 7.1 juta ini sangat memberangsangkan dan ianya tidak termasuk angka tontonan menerusi platform Unifi TV dan juga siaran langsung di saluran TV Okey dan TV1.

Pertembungan dramatik Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim mencatat angka tertinggi dengan 4.9 juta tontonan manakala satu lagi aksi melibatkan Kuala Lumpur City dan Melaka United mencatatkan 2.229 juta tontonan.

Catatan melebihi 7.1 juta tontonan menerusi empat perlawanan dalam dua malam memberi gambaran bahawa Piala Malaysia masih mempunyai sambutan dengan debaran peringkat separuh akhir menjadi penyumbang terbesar angka ini.

Kemeriahan separuh akhir TM Piala Malaysia ini pastinya memberikan para penaja pulangan pelaburan yang baik dalam mempromosikan sesuatu jenama dengan angka tontonan yang konsisten.

Selepas aksi panas separuh akhir, kini tumpuan terarah pula kepada aksi final TM Piala Malaysia antara Kuala Lumpur City FC dan Johor Darul Ta’zim pada 30 November nanti. Berapa pula angka tontonan untuk aksi perlawanan akhir nanti. Sama-sama kita nantikan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: