Bola Sepak

Gagal urus penyokong, TFC dan MFL kena kompaun RM10,000


JABATAN Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengenakan kompaun kepada Terengganu FC dan Malaysia Football League (MFL) kerana gagal memastikan pematuhan protokal am.

Menurut kenyataan JKNT, ketika aksi perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 di antara Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT), pihak penganjur gagal memastikan pengurusan penonton dan penyokong (penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna) semasa perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

“Dua kompaun dikeluarkan kepada Terengganu Football Club Sdn. Bhd (tuan rumah) dengan nilai RM10,000.

“Dan satu lagi kepada Malaysia Football League (MFL) (penganjur) dengan nilai dbawah Peraturan 16 P.U (A) 293/2021. Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Setiap inividu dikehendaki memainkan peranan dalam memastikan diri masing-masing tidak mendapat jangkitan dan tidak menjangkiti orang lain.

“Ia adalah penting bagi mencegah penularan Covid-19 seperti dalam kalangan ahli keluarga, komuniti dan tempat kerja,” jelas Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada perlawanan tersebut menyaksikan Terengganu FC dan JDT mencatat keputusan seri 1-1.

Kedua-dua pasukan akan bertemu bagi saingan separuh akhir kedua Jumaat ini.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: