Bola Sepak

VAR perlu digunakan dałam saingan Liga M


Oleh : SUBKHI SUDARJI

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) menyifatkan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) sememangnya perlu dilaksanakan dałam saingan Liga Malaysia pada masa akan datang.

Pengerusinya, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, namun terdapat beberapa kekangan utama yang menyebabkan usaha ini masih belum dapat dilaksanakan.

“Buat masa ini MFL telah menggunakan dua pengadil dibahagian belakang setiap gol bagi membantu pengadil utama.

“Pelaksanaan VAR ini sememangnya sedang dalam perbincangan MFL, banyak perkara yang perlu diperhalusi antaranya sumber kewangan yang tinggi untuk melaksanakannya.

“Begitu juga kemampuan stadium itu sendiri untuk menyediakan kemudahan-kemudahan berkaitan antaranya talian internet dan prekära-perkara lain.

“Jika dinegara luar, stadium itu dimiliki kelab itu sendiri tetapi di Malaysia ada antaranya milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jadi banyak benda perlu dilihat,” katanya.

Tambahnya lagi, MFL juga akan mengadakan perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai pelaksanaan VAR.

Isu penggunaan VAR timbul susulan prestasi pengadil yang dilihat kurang berkualiti pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia diantara Terengganu FC menentang JDT, Isnin lalu.

Mutu pengadilan pada perlawanan yang berkesudahan dental seri 1-1 itu turut mendapat kritikan Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahukan FAM segera mengatasinya.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: