Bola Sepak

Kapten TFC dikejarkan ke hospital


Pasukan perubatan segera memberikan rawatan kepada Calos de Murga.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA pasukan Terengganu FC, Carlos de Murga dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan ekoran mengalami kesukaran bernafas selepas terbabit dalam pertembungan diudara dengan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva.

Pengendali TFC, Nafuzi Zain berkata, pertahanan importnya itu dikejarkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Dia (Carlos Murga) di dalam perjalanan ke hospital selepas mengadu susah bernafas akibat pelanggaran tadi.

“Kita tengoklah nanti keadaan dia macam mana,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan separuh akhir pertama yang berkesudahan seri 1-1.

Pada perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu,  pertahanan import TFC itu dilihat tidak sedarkan diri selepas bertembung diudara dengan Bergson pada minit ke-70.

Melihatkan situasi berkenaan, pengadil perlawanan Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah segera meniupkan wisel panjang berkali-kali selain memberi isyarat melambai tangan agar pegawai perubatan segera memberikan bantuan.

Kejadian berlaku berhampiran dengan bangku simpanan JDT dan Doktor Pasukan Bertugas JDT dengan kadar segera terus berlari menuju kearah Murga sebelum ketibaan pasukan bertugas TFC .


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: