Bola Sepak

Dua import Liga-M dalam radar KDA FC


Nasib kipre (kiri), Anumanthan (tengah) dan Sherman (kanan) sama ada dikekalkan ataupun tidak pada musim 2022 bersama KDA FC masih menjadi tanda tanya. Foto: KDA FC

Oleh: AMMAR HAZIQ

DUA pemain import yang kini sedang beraksi di Liga Malaysia (Liga-M) antara yang bakal memperkuatkan naib juara Liga Super 2021, Kedah Darul Aman FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim 2022.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali yang menyatakan dua pemain tersebut bakal memperkuatkan posisi tengah Hijau Kuning pada musim hadapan.

Jelasnya, persiapan awal yang dilakukan oleh pengurusan KDA FC bagi memancing pemain-pemain baharu yang menjadi sasaran giat dilakukan selepas menilai secara keseluruhan prestasi semua pemain bagi musim 2021.

“Kedua-dua pemain import ini sudah berpengalaman beraksi di Liga Malaysia dan menunjukkan prestasi hebat semasa saingan Piala Malaysia 2021. Kami mengharapkan kehadiran kedua-dua pemain ini dapat memperkuatkan lagi jentera serangan KDA FC pada musim 2022,” katanya.

Sebelum ini Cakap Sukan melaporkan hanya 75 peratus barisan yang beraksi bersama KDA FC musim ini akan kekal dan beberapa muka baharu juga akan turut di serapkan dan ini bakal berlaku dalam masa akhir tahun ini.

KDA FC juga menjelaskan pihaknya mengambil keputusan untuk terus mengekalkan khidmat dua daripada lima orang pemain import yang beraksi bersama pasukan tersebut dan siapakah pemain import yang bakal ditamatkan khidmat mereka akan diketahui dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Khamas Idris berkata, belum tiba masanya untuk mengumumkan indentiti dua pemain import tersebut dan meminta penyokong setia Hijau Kuning untuk bersabar terlebih dahulu.

Pada musim 2021, KDA FC menggunakan lima pemain import iaitu Kpah Sherman, Tchtche Kipre, Rabih Ataya, K Anumanthan, Renan Alves dan kelibat bagi pemain yang akan dikekalkan bersama pasukan tersebut pada musim 2022 belum diumumkan lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: