Bola Sepak

TMJ mahu FAM ambil tindakan segera


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT) Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan susulan mutu pengadilan teruk pada saingan separuh akhir pertama Terenganu menentang JDT, malam tadi.

Menerusi kenyataaannya menerusi laman meria sosial Twitter miliknya, TMJ menganggap pengadil gagal menampilkan prestasi terbaik dan kedua-dua pasukan turut terkesan.

“Ref teruk. Bukan game ini sahaja. Majority games setiap tahun. Sabah lwn Terengganu, JDT lwn Kelantan, Negeri Sembilan lawan Sarawak dan lain lain. Setiap tahun benda yang sama. Kami perlu Improvement dan FAM misti ambil tindakan,” ujarnya.

TMJ menyifatkan mutu pengadilan pada aksi TFC menentang JDT malam tadi adalah teruk.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam tadi, Tuan Ahmad Yassin diberikan tanggungjawab untuk memimpin aksi berprofil tinggi antara dua pasukan ini.

Namun prestasi Ahmad Yassin mendapat kritikan pedas terutamanya dari penyokong tuan rumah apabila beliau gagal melayangkan kad kepada pemain JDT yang membuat kekasaran.

Ramai pihak mempersoalkan mengapa pemain JDT, Shane Lowry dan Natso Insa tidak dilayangkan sebarang kad setelah beberapa kali dikesan mengasari pemain tuan rumah.

Perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 hasil jaringan Jordan Mintah pada awal separuh masa pertama dan kemudiannya Bergson Da Silva menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

Separuh akhir kedua akan berlangsung pada 25 November ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

 


Tags

4 Comments

Click here to post a comment

Leave a Reply

  • TMJ hanya nak menang sendiri je sebab itu lah tak ada team lain yg berani atau benar2 berani bermain mati-matian untuk kalahkan JDT takut2 kena Komen pedas atau sebagainya dari TMJ. 👎

    • komen dr tmj tentang mutu pengadilan bolasepak hanya wayang saja…penonton dirumh maupn dipadang tentu sudh maklum pengadil2 dlm Liga M mmg SANGAT mesra sgn jdt..entah apa sbb nya?? setiap perlawann yg disiar secara langsung ditv anda akn lihat pengadil2 yg terlibat lbh “cool n mcm takut” nk buat sesuatu pd pemain2 jdt…
      Sudh sampai masanya FAM utk lakukn sesuatu..atau pinjam pengadil dr luar negara utk pengadilan setiap perlawann yg melibatkn jdt..so..jgn main wayang2 komen pengadil laa bro..!!

      • Itu bukan salah TMJ itu salah ref semua pemain kalau boleh tak nak kalah baik dengan apa team pun dan kalau ref bagi yellow card pun dng pemain JDT tak ka. TMJ nak pukul bantai ref kan. Jadi ni semua salah ref tak buat kerja dng baik dan tak perlu kuatir TMJ kita tak makan orang dia jaga dan sayang semua rakyat malaysia.

  • Apa TMJ cakap tu betul ,mutu pengadlan di malaysia ni memang teruk dan tidak mengikut pengedaran zaman . Contoh liga inggeris , penggunaan VAR sangat2 membantu

%d bloggers like this: