Bola Sepak

Doktor pasukan bertugas JDT pamer semangat kesukanan yang tinggi.


Doktor perubatan JDT bergegas masuk ke padang memberikan bantuan kepada Murga.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

NYAWA menjadi keutamaan tanpa mengira sesiapa, itulah yang dipamerkan Doktor Pasukan Bertugas Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika memberi rawatan awal kepada ketua pasukan TFC, Carlos de Murga yang mengalami kegagalan bernafas selepas terbabit dalam pelanggaran dengan Bergson da Silva.

Pertahanan import TFC itu dilihat tidak sedarkan diri beberapa saat selepas bertembung diudara dengan penyerang import JDT, Bergson pada minit ke-70 pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Kejadian berlaku berhampiran dengan bangku simpanan JDT dan Doktor Pasukan Bertugas JDT dengan kadar segera terus berlari menuju kearah Murga sebelum ketibaan pasukan bertugas TFC.

Semangat kesukanan ini sepatutnya dicontohi semua pasukan  bertujuan memberi bantuan awal kepada pemain yang mendapat kecederaan serius tanpa mengira sesiapa.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: