Bola Sepak

Separuh Akhir Pertama: Terengganu FC pilih jalan sukar


Oleh : SUBKHI SUDARJI / KHAIRUL AKMA

TERENGGANU FC memilih laluan sukar untuk aksi kedua di Johor, Jumaat ini selepas sekadar seri 1-1 pada aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Isnin malam.

Mendahului seawal minit ke 10 menerusi penyerang berbisa Jordan Mintah skuad bimbingan Nafuzi Zain bagaimanapun terpakasa akur dengan jaringan lawan yang dihasilkan Bergson Da Silva selang lima minit babak kedua bersambung.

Mempertaruhkan barisan terbaik, Terengganu FC tidak menunggu lama untuk menguji benteng pelawat melalui larian solo Jordan Mintah menuju gawang pelawat dia dijatuhkan diluar kawasan kotak penalti pada minit kedua.

Pemain-pemain Terengganu FC meraikan gol pertama menerusi Mintah.

Lee Tuck yang diberikan tugas mengambil sepakan tersebut bagaimanapun merembat liar melepasi palang gol.

Mintah yang kini meledak empat gol dalam saingan Piala Malaysia musim ini terus memberi masalah buat Matthew Davies, Shane Lowry, Shahrul Saad dan Corbin Ong dibahagian benteng.

Terengganu seharusnya mendahului pelawat seawall minit ke-6 namun tindakan Mintah sedikit lewat melakukan sepakan ketika hanya berdepan Farizal Marlias sebelum bola berjaya dirampas Matthew menyebabkan peluang tersebut gagal dimanfaatkan.

Gol pertama yang dicari TFC akhirnya muncul pada minit ke-7 menerusi Mintah yang menanduk masuk bola hantaran Lee Tuck untuk kedudukan 1-0 mengatasi JDT.

Bergson (tengah) menyamakan kedudukan sekaligus mengikat Terengganu FC pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia.

Gol tersebut tidak melemahkan semangat anak didik Benjamin Mora apabila hampir menyamakan kedudukan menerusi Bergson da Silva selang tiga minit namun rembatan penyerang berkenaan sekadar terkena tiang gol tuan rumah.

Pemain muda meningkat naik JDT, Arif Aiman turut memiliki peluang menerusi rembatan derasnya namun Mohd Suhaimi yang ditugaskan mengawal gawang bertindak cemerlang menepis percubaan tersebut.

Memasuki babak kedua, giliran pelawat pula mula mendominasi perlawanan menerusi Gonzalo Cabrera namun jauh tersasar.

Bergson yang gagal menyerlah pada babak pertama akhirnya kembali bersinar menerusi jaringan penyamaan selang 10 minit babak kedua bersambung.

Corak permainan rancak dipamerkan kedua pasukan menerusi beberapa serangan namun keputusan 1-1 itu kekal sehinggalah tamat perlawanan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: