Bola Sepak

Keinginan besar KL City FC


KEJAYAAN Kuala Lumpur City FC layak ke suku akhir Piala Malaysia buat kali pertama sejak 29 tahun, kini mereka mengimpikan pentas final yang pastinya satu pencapaian membanggakan buat sebuah pasukan yang penuh dengan sejarah.

Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu adalah juara hatrik Piala Malaysia bermula pada tahun 1987 hingga 1989 dan selepas itu tenggelam ekoran pelbagai isu dalaman yang tidak boleh dibanggakan.

Namun kini dibawah kendalian Bojan Hodak mereka membuktikan kemampuan dengan gabungan pemain lama serta baharu serta tanpa nama-nama besar untuk selangkah berada dipentas final.

“Suku akhir bagus tapi kami mahu lebih lagi. Kami mempunyai impian dan berharap ia berjalan lancar, tiada siapa boleh halang kami untuk menaruh impian.

Hodak yakin kemampuan barisan pemainnya untuk terus melakarkan kejayaan.

“Melaka pasukan yang sangat bagus, memiliki ramai pemain berpengalaman. Kami yakin sebab kami sentiasa meningkat sepanjang musim Ini.

“Kami belum tewas di Piala Malaysia musim ini dan setiap kemenangan memberikan anda lebih keyakinan terutama dalam beberapa perlawanan terakhir kami tidak dibolosi,” katanya.

KL City menyingkirkan juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor di suku akhir menerusi agregat 3-0 selepas meraih kemenangan 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Khamis malam.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d