Bola Sepak

Matyo alami ‘anxiety disorder’, “Jangan ingat saya terima gaji main semalam”


Norshahrul Idlan mendedahkan dia mengalami ‘anxiety disorder’ akibat tekanan kerja. Foto: SUFC

KELIBATNYA jarang dilihat sejak kebelakangan ini menjadi tanda tanya mengenai penyerang Sarawak United FC, Norshahrul Idlan Talaha.

Namun segalanya terjawab apabila pemain senior kebangsaan berusia 35 tahun ini mendedahkan dirinya yang kini berdepan dengan masalah ‘anxiety disorder.

Norshahrul atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Matyo’ berkongsi keadaan dirinya di Instastory.

“Kepada yang bertanyakan ke mana saya menghilang… ini jawapan saya ‘anxiety disorder secondary’ due to work stress (kerana tekanan kerja).

“Saya kena buat buat ‘check-up every week’ (pemeriksaan setiap minggu) sebab darah naik terlalu tinggi.

“Doakan yang terbaik. Hanya Allah dapat membalas kebaikan anda semua. Siapa jumpa saya akan kata saya kurus tak sihat.

“Saya tidak pernah kena macam ini, mungkin ini dugaan saya.”

Dalam pada itu, Norshahrul turut menyelit isu gaji yang dihadapi.

“Jangan ingat saya terima gaji bila saya main semalam. Tidak, gaji masih belum terima.”

Norshahrul turut beraksi pada saingan suku akhir kedua bertemu Terengganu FC yang menyaksikan pasukan Sarawak United FC tewas secara agregat 3-6.

Sebelum ini, SUFC menjadi perhatian berikutan isu tunggakan gaji dan pegawai yang masih belum selesai.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: