Bola Sepak

KDA FC tanpa rehat siapkan pasukan musim depan, 25 peratus muka baharu


Hampir 75 peratus pemain kekal, selebihnya akan menerima muka baharu.

FOTO: KDAFC

PASUKAN Kedah Darul Aman FC (KDAFC) secara rasminya sudah tersingkir dalam saingan Piala Malaysia musim 2021 selepas tewas kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0 pada perlawanan kedua peringkat suku akhir Khamis lalu.

Susulan daripada itu, kempen Liga Malaysia musim ini bagi KDA FC berakhir, namun pihak pengurusan tidak ‘berehat’ daripada merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk musim depan.

Menurut ketua Eksekutif KDAFC Khamal Idris Ali, mereka sudahpun mencapai perancangan 60 peratus sebagai persediaan untuk menghadapi musim 2022 dan ini telah pun diketahui oleh kesemua pemain KDAFC.

“Sebelum bertemu JDT Khamis lalu kesemua pemain sudah di beritahu yang 60 peratus daripada perancangan bagi mengharungi musim depan telah siap dan kini perancangan ini bakal diteruskan sehingga mencapai matlamatnya.

“Ahli jawatankuasa tertinggi KDAFC telah bersetuju untuk mengekalkan ketua jurulatih Aidil Sharin, untuk mngendalikan pasukan Kedah seterusnya sehingga tamat musim 2022.

“Hanya 75 peratus barisan yang beraksi bersama pasukan Kedah musim ini akan kekal dan beberapa muka baharu juga akan turut di serapkan dan ini bakal berlaku dalam masa akhir tahun ini.

Penyokong-penyokong setia kedah Darul Aman FC.

“Kami juga telah mengambil keputusan untuk terus mengekalkan khidmat dua daripada lima orang pemain import yang beraksi bersama kita musim ini dan siapakah pemain import yang bakal ditamatkan khidmat mereka akan diketahui dalam masa terdekat,” kata Khamal kepada Cakap Sukan.

“Katanya, mereka kecewa kerana gagal mendapat khidmat Ataya yang bersama pasukan kebangsaan Lubnan sementara Anumanthan Kumar pula yang dibelenggui kecederaan ketika bertemu JDT di Alor Setar dan juga di Johor.

“Kalah menang adalah adat permainan bola sepak, barisan pemain muda yang beraksi telah membuktikan keupayaan mereka menandingi bintang bintang pasukan JDT sehingga memaksa lawan mereka bekerja keras selama 180 minit permainan peringkat suku akhir bagi mendapatkan jaringan tunggal perlawanan.

“Selepas perlawanan Khamis lalu semua peminat setia pasukan dan pegawai pasti mengetahui perbezaan di antara Kedah dengan JDT yang begitu ketara dan perlu dilakukan sesuatu bagi meningkatkan prestasi pasukan bagi menghadapi cabaran musim depan,” ujarnya.

Tambahnya, kelemahan KDAFC musim ini adalah persediaan untuk melengkapkan pasukan dilakukan terlalu lewat dan bagi menghadapi musim depan mereka telahpun memulakan persediaan sebelum berakhir musim ini.

“Saya akan melakukan apa sahaja demi memastikan kita bakal memiliki barisan pemain yang mantap demi memberi cabaran lebih sengit dan juga bagi mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Kedah,” jelas Khamal.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: