Bola Sepak

Aksi suku akhir JDT-KDA FC kumpul jumlah tertinggi penonton


Oleh: JJFIRDAUS

EMPAT perlawanan suku akhir kedua TM Piala Malaysia 2021 mendapat perhatian para peminat bola sepak tempatan apabila mencatat 3.798 juta tontonan menerusi platform YouTube Unifi.

Angka ini tidak termasuk angka tontonan menerusi platform Unifi TV dan juga saluran langsung di saluran TV Okey. Angka yang dicatatkan adalah sangat baik untuk perlawanan yang berlangsung pada hari Khamis.

Perlawanan JDT dan Kedah yang menarik baik di dalam mahupun luar padang mencatat angka tertinggi dengan 2 juta tontonan manakala tiga lagi aksi mencatatkan 1.798 juta tontonan secara terkumpul, manakala Derbi Lembah Klang di antara Kuala Lumpur dan Selangor mencatat 488,000 tontonan manakala aksi Melaka United membenam Sabah menerima 550,000 tontonan.

Kemenangan Terengganu FC ke atas Sarawak United pula menyaksikan sebanyak 760,000 tontonan dicatatkan dan dengan kembalinya penyokong ke stadium angka itu pastinya boleh dibanggakan.

Hampir 3.8 juta tontonan menerusi empat perlawanan dalam satu malam memberi gambaran bahawa Piala Malaysia yang kini menyambut ulang tahun ke-100 sememangnya mempunyai magisnya yang tersendiri.

Pada aksi suku akhir pertama tempoh hari, 3.77 juta tontonan dicatatkan dengan perlawanan Kedah dan JDT di Stadium Darul Aman mencatatkan angka tertinggi dengan hampir 1.8 juta tontonan.

Angka tontonan yang konsisten ini boleh digunakan oleh pengelola liga untuk menjual Liga Malaysia kepada para penaja kerana jelas menunjukkan sokongan padu penyokong yang bakal melihat jenama produk atau servis yang diiklankan.

Berapa pula angka tontonan untuk aksi separuh akhir pertama nanti. Pertemuan Terengganu FC dan JDT pasti menjadi tumpuan tetapi tidak dinafikan perlawanan antara Kuala Lumpur City FC dan Melaka United juga tidak kurang hebatnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: