Bola Sepak

Dulu dibenci kini disayangi


Oleh : SUBKHI SUDARJI

TIADA lagi laungan ZainalOut kedengaran ketika ini selepas jurulatih berkenaan melakar rekod menyamai rekod 38 tahun lalu apabila membimbing Melaka United FC ke pentas separuh akhir Piala Malaysia 2021.

Khamis lalu,  Zainal Abidin Hassan yang merupakan bekas pemain Selangor dan Pahang era 80 dan 90-an berjaya memastikan MUFC mengulangi pencapaian 38 tahun lalu apabila melangkah ke pentas separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC dengan agregat 3-1.

Kali terakhir Melaka United FC yang dulu dikenali Melaka FA ke pentas separuh akhir Piala Malaysia ialah pada 1983 dimana pada tahun tersebut mereka turut bergelar selaku juara Liga Perdana.

Membimbing Selangor, Pahang, Shahzan Muda FC  dan Pulau Pinang bermula 2000 hinggalah 2018 sebelum meneruskan karier selaku jurulatih di Melaka United pada 2019 terlalu banyak kata-kata sinis dan sindirin serta desakan agak pengendali kelahiran Selangor dan bekas pemain kebangsaan (1980 hingga 1997) disingkirkan.

Namun berkat kesabaran yang ada pada dirinya yang juga telah meledak 78 gol dari 138 penampilan bersama skuad kebangsaan dia membuktikan kemampuan hingga melihatnya antara jurulatih yang perlu digeruni lawan.

“Niat saya murni dan suci demi bola sepak, saya akan terus perbaiki diri saya dan pasukan, saya tahu desakan pemimpin dan pasukan, mereka datang dan ingin melihat kejayaan pasukan.

“Sebagai jurulatih untuk membentuk pasukan itu kena ada masa dan Alhamdulillah ada kepercayaan diberikan pengurusan kepada saya.

“Setakat ini saya dapat bentuk satu pasukan yang baik untuk masa depan,” tegasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: