Basikal

Status LTdL 2022 Isnin ini – Presiden PKBM


STATUS penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 dijangka ketahui selepas mesyuarat antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Isnin ini.

Presiden PKBM Datuk Abu Samah Wahab berkata, pada masa ini Kesatuan berbasikal Antarabangsa (UCI) telah memberikan pilihan tarikh penganjuran pada Januari dan Mac depan, selepas edisi tahun ini terpaksa dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, 16 pasukan pasukan telah menghantar permohonan untuk menyertai jelajah berbasikal berstatus siri profesional itu.

“Keputusan mengenai LTdL hanya akan diketahui pada Isnin selepas selesai perbincangan dengan KBS, buat masa ini tidak boleh berkongsi apa-apa perkembangan.

“UCI hanya memberi tarikh pada Januari dan Mac depan, itu sahaja tarikh yang ada. Selepas itu, mungkin tidak dipersetujui kerana April kebanyakan perlumbaan di Eropah akan bermula,” katanya kepada Bernama.

Menurut laman sesawang UCI, LTdL disenaraikan untuk penganjuran bermula 16 hingga 23 Januari depan.

Jelajah elit Asia itu yang diadakan setiap tahun sejak 1996 berjaya dianjurkan untuk edisi ke-25 pada Februari 2020, sebelum pandemik Covid-19 menjejaskan sektor sukan dunia bermulan Mac tahun lalu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading