
KEJAYAAN Kuala Lumpur City FC ke separuh akhir Piala Malaysia 2021 dicemari dengan serbuan penyokong-penyokong ke padang sebaik sahaja perlawanan suku akhir kedua berakhir.
Mungkin terlalu teruja pasukan kesayangan menang ke ke atas Selangor FC secara agregat 3-0 membuatkan mereka menyerbu masuk ke padang cuba mendekati pemain-pemain.
Ditambah pula dengan kata-kata semangat daripada pembesar suara ‘KualaLUmpurSampaiMati‘ merancakkan lagi mereka berlari ke arah padang.
Penyokong KL masuk padang! pic.twitter.com/IZZR4uxdzN
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 18, 2021
Menerusi perkongsian di laman Twitter, segelintir penyokong kurang senang dengan tindakan tersebut memandangkan musim pandemik Covid-19 belum berakhir sepenuhnya.
KL City mara ke separuh akhir buat kali pertama selepas 29 tahun, malah melakar rekod manis 20 perlawanan tanpa kalah di laman sendiri.






Add Comment