Bola Sepak

Kipre kembali perkuat KDA FC bertemu JDT


Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA pengendali Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak mengakui Johor Darul Ta’zim adalah pasukan pilihan untuk beraksi dipentas final namun dalam bola sepak apa pun boleh berlaku.

Menyedari bukan tugas mudah beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Aidil tetap percaya dengan kemampuan barisan pemainnya untuk memastikan kejayaan positif dilakar.

“Semua orang lihat JDT adalah pasukan pilihan untuk ke final, tidak mustahil kami mampu melakukan sebaliknya.

Kipre dilihat sudah mula menjalani latihan bersama pasukan dan dijangka beraksi menentang JDT, malam esok.

“Kami akan berjuang dan memberikan tentangan sengit kepada lawan,” katanya.

Dalam masa sama, Aidil turut memberikan khabar gembira apabila penyerang importnya, Kipre Tchetche bakal diturunkan pada aksi malam esok.

“Kehadiran Kipre pastinya akan menambahkan keberkesanan jentera serangan untuk bergandingan dengan Kpah Sherman,” tegasnya.

Pada suku akhir pertama di Darul Aman yang berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan, Kipre tidak diturunkan ekoran kecederaan dialaminya dan difahamkan telah kembali cergas untuk aksi menentang JDT, malam esok.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: