Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI
NAIB juara Piala Malaysia 2003, Sabah FC gagal memanfaatkan peluang beraksi dihadapan kira-kira 10,000 penyokong sendiri apabila tewas 0-1 kepada Melaka United FC pada aksi Suku Akhir Pertama di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi
Gol tunggal jaringan pemain import MUFC, Sony Norde pada minit ke-50 nyata memberi kelebihan buat anak didik Zainal Abidin Hassan menjelang aksi timbal balik di Stadium Hang Jebat, Khamis nanti.
Pelawat terlebih dahulu mengancam gawang tuan rumah yang dikawal Rozaimie Rohim seawall minit ke-10 dan 12 menerusi pemain import, Adriano Narcizo namun gagal menepati sasaran.
Tersentak dengan serangan pelawat, Sabah mula memperkemaskan corak permainan dan memiliki peluang menerusi Amri Yahya namun rembatan pemain berkenaan tersasar jauh melewati palang gol.
Melaka United memiliki peluang terbaik untuk berada didepan menerusi sepakan percuma pada minit ke-28, namun Rozaimie tangkas menyelamatkan percubaan Adriano.
Sabah bernasib baik apabila kekasaran yang dilakukan ke atas Sony Norde dalam kotak penalti gagal menarik perhatian pengadil perlawanan, Ahmad Zuhaidi DZulkifli dipenghujung babak pertama.
Memasuki babak kedua, Sabah kelihatan lebih garang menerusi percubaan awal Alto Linus sebaik dua minit babak bersambung namun rembatan dari luar kotak penalti itu sedikit tersasar dibahagian kanan gol pelawat.
Ketika tuan rumah mula mendapatkan rentak, Sony Norde membuktikan bisanya selaku penjaring gol buat Melaka apabila rembatannya pada minit ke -50 yang terkena ketua pasukan Sabah, Risto Mitrevski menerjah masuk ke gawang untuk kedudukan 1-0.
Ketinggalan satu gol, Kim Swee segera melakukan dua pertukaran dengan Linus serta Harith Naem Jaineh dikeluarkan dengan menggantikan Mohd Sahrizan Saidin dan Mohd Nureizkhan Isa Japar.
Gol penyamaan yang dicari Sabah seakan-akan muncul pada minit ke 78 namun sepakan Nureizkhan dalam kotak penalty dinafikan Wan Anirul Afiq diatas garisan gol MUFC yang nyata menghampakan penyokong tuan rumah.
Walaupun bertali arus melancarkan serangan memburu gol penyamaan namun tiada gol dapat dihasilkan dan keputusan 1-0 kekal sehinggalah tamat masa perlawanan.
Add Comment