Antarabangsa Bola Sepak

Mbappe ledak 4 gol, Belanda pilih laluan sukar


EMPAT gol dari Kylian Mbappe membantu Perancis meraih kemenangan besar 8-0 ke atas Kazakhstan yang seterusanya memastikan tiket ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar.

Skuad bimbingan Didier Deschamps itu mudah mengatasi Kazakhstan di Parc des Princes bagi mendahului Kumpulan D dengan Karim Benzema meledak dua gol manakala Adrien Rabiot dan Antoine Griezmann juga menemui gawang.

Belgium, yang tewas di tangan Perancis pada separuh akhir kejohanan pada 2018, memastikan tempat di Qatar apabila menewaskan Estonia 3-1 di Brussels untuk mendahului Kumpulan E.

Gol Belgium dijaringkan Christian Benteke, Yannick Carrasco dan Thorgan Hazard manakala gol saguhati Estonia dijaringkan Erik Sorga.

Belanda pula mensia-siakan kelebihan 2-0 sebelum seri 2-2 berdepan Montenegro di Podgorica yang menyaksikan mereka perlu menang berdepan Norway awal pagi Rabu ini untuk mara ke Piala Dunia pertama sejak 2014.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: