Bola Sepak

Mungkin Maloney tak nak sambung kontrak ? – FAM


FAM dijangka mengadakan perbincangan mengenai kontrak Maloney selepas pengendali berkenaan tamat tempoh kuarantin.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum mengadakan perbincangan dengan Brad Maloney mengenai status kontraknya selepas pengendali skuad bawah 22 (B-22) tahun negara itu kini masih berada dalam tempoh kuarantin.

Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar menjelaskan sehingga kini belum ada apa-apa perbincangan yang boleh dilakukan mengenai kontrak Maloney yang bakal berakhir hujung tahun ini.

“Sebenarnya kami belum dapat jumpa lagi Maloney dan pasukan sebab mereka masih lagi menjalani kuarantin. Jadi terlalu awal, kalau kita nak bagi tahu bagaimana dengan kokntrak dia.

“Sebab kontrak ini kena berbincang dengan kedua-dua belah pihak. Kita belum tahu lagi, mungkin dia tak nak sambung, kita tak tahu,” katanya.

Berdasarkan kejayaan membimbing B22  muda negara ke pusingan akhir Piala Asia B-23, tahun depan, FAM dijangka menyambung khidmat Maloney.

Skuad B-22 negara mara ke pusingan akhir Piala Asia apabila muncul juara Kumpulan J dalam kempen kelayakan yang berlangsung di Mongolia, bulan lalu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: