Bola Sepak

Piala Malaysia ; Gol ditempat lawan beri kelebihan buat pasukan


Oleh : SUBKHI SUDARJI

LAPAN PASUKAN terbaik Piala Malaysia 2021 bakal memburu impian meneruskan perjuangan di peringkat suku akhir Ahad ini yang pastinya menjanjikan saingan menarik disepanjang perlawanan.

Selangor FC, Terengganu FC, Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC akan menjadi tuan rumah pada aksi pertama dilaman sendiri sebelum selang empat hari kemudian berkunjung ke tempat lawan.

Melangkah ke pentas suku akhir, pastinya kesemua pasukan mempunyai strategi tersendiri memandangkan aksi akan dijalankan secara timbal balik dengan jaringan ditempat lawan adalah kelebihan utama bagi setiap pasukan yang bergelar pelawat.

Pada kejohanan yang memasuki edisi ke 95 kali ini, jaringan gol ditempat lawan tetap akan dikira sebagai satu kelebihan jika keputusan perlawanan berakhir dengan jaringan gol yang berkesudahan keputusan seri.

Namun jika tiada gol dijaringkan pada aksi pertama dan kedua maka perlawanan akan diheret ke masa tambahan selepas berakhirnya 90 minit pada perlawanan kedua.

Berada ditahap masa tambahan ini tiada kelebihan jaringan ditempat lawan akan dikira dan sekiranya belum ada pemenang, penentuan sepakan penalti akan dijalankan.

Jadi secara kesimpulannya, pasukan tuan rumah seharusnya memiliki kelebihan jaringan gol yang besar pada aksi pertama manakala pelawat juga tetap mengidamkan gol ditempat lawan.

Pastinya menarik untuk disaksikan, Ayuh semarakan semangat bola sepak tempatan…….

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: