Bola Sepak

Skuad B22 bebas sepenuhnya 14 November


Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Saifuddin Abu Bakar

Oleh : SUBKHI SUDARJI / AHMAD KHAIRUL AKMA

BARISAN pemain dan pegawai skuad Bawah 22 Tahun negara akan menamatkan tempoh kuarantin pada 14 November ini selepas menjalani kuarantin buat kali kedua susulan seorang pegawai pasukan didapati positif Covid-19 pada pemeriksaan ujian RT-PCR pada 5 November lalu.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Saifuddin Abu Bakar berkata, pegawai yang disahkan positif itu telah dipindahklan ke bilik berasingan dengan keadaannya kini dilaporkan stabil dengan pemantaun pihak bertanggungjawab.

“Bagi pemain dan pegawai yang lain mereka kini berada dalam bilik masing-masing,” jelasnya.

Sebelum ini, skuad bawah 22 tahun negara yang sepatutnya kembali ke rumah masing-masing, Isnin lalu tidak kesampaian memandangkan mereka terpaksa menyambung tempoh kuarantin ekoran seorang pegawai disahkan positif Covid-19.

Pasukan negara serta barisan jurulatih dan pegawai tiba di ibu negara dari Ulaanbaatar, Mongolia Rabu minggu lalu selepas transit di Incheon, Korea Selatan menjalani kuarantin wajib selama lima hari yang sepatutnya 8 November lalu.

Skuad negara kembali ke tanah air dengan membawa berita gembira menjuarai saingan Kumpulan J Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) dengan rekod cemerlang tanpa kalah dan bolos sekaligus layak ke aksi akhir Piala Asia B-23 Tahun di Uzbekistan pada Jun 2022.

Pasukan negara menjuarai saingan Kumpulan J pada aksi Kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: