Bola Sepak

KLWFC langkah berani ketengahkan bola sepak wanita peringkat komuniti


Aksi pertama KLWFC yang berlangsung di Padang Rhino  Kelab Sultan Sulaiman pada Ahad.

Oleh: SURYATI MOHD NOR/Foto: AHMAD KHAIRUL AKMA

KEJUARAAN Bolasepak Wanita Kuala Lumpur (KLWFC) yang membuka tirainya hari ini menyaksikan langkah berani pihak penganjur dalam mengetengahkan bola sepak wanita bermula di peringkat komuniti.

Seperti sedia maklum, negara kita mempunyai ramai pemain-pemain wanita berbakat namun kurangnya pendedahan di peringkat awal khasnya sokongan daripada komuniti menyaksikan penglibatan pemain-pemain bola sepak wanita agak terhad.

Namun perumpamaan ada mengatakan, ‘better late than never’ menjadi pegangan buat penganjur Setiawangsa Rangers yang mengambil inisiatif memulakan kejohanan liga ini sebaik sahaja akvitivi sukan dibenarkan beroperasi selepas sekian lama ‘berehat’ berikutan pandemik Covid-19.

Pengurus KLWFC, Khushairi Aizad Jamaluddin berkata, permulaan yang baik untuk mengetengahkan pemain-pemain yang berbakat dan mendapat platform yang tepat.

Khushairi Aizad Jamaluddin

“Kejohanan ini bukan hanya sekadar pertandingan biasa, tetapi kami mempunyai sistem yang baik… kita ada statistik pemain, perlawanan yang akan dipaparkan dalam website rasmi kejohanan. Jadi apabila penjenamaan dah ada, penglibatan korporat sudah boleh bersama-sama dalam memperkasa bola sepak wanita ini.

“Pertandingan ini melibatkan enam pasukan dengan 108 pemain, 6 jurulatih dan enam pengurus pasukan dan berlangsung selama lapan minggu, 16 perlawanaan.

“Format liga selama enam minggu, manakala kalah mati, separuh akhir dan akhir selama empat minggu.

“Pertandingan ini benarkan pemain kebangsaan bermain, namun terhad dalam setiap perlawanan dengan enam pemain amatur dan lima pemain kebangsaan.

“Saya yakin liga tidak akan habis di sini dan tahun depan akan jadi fenomena bola sepak wanita di Kuala Lumpur,” jelasnya ketika ditemui media.

Sementara itu wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah turut hadir memberi sokongan bagi kejohanan ini.

“Saya mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana berjaya walaupun kita baharu sahaja mengalami satu musim semua tak boleh dilakukan, tetapi sejurus boleh dilaksanakan program seperti ini terus tumbuh seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Usaha yang perlu diberi penghargaan dan ia sangat bermakna kepada FAM.

Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah

“Saya berharap jadikan kejohanan sebagai satu trend di mana setiap negeri perlu mengambil inisiatif semoga kita boleh mencari ramai bakat baru dalam bola sepak wanita.

“Ianya salah satu medium untuk mencari lebih ramai lagi untuk diketengahkan bukan sekadar di sini tetapi juga untuk Malaysia.

“Malah sedikit sebanyak liga-liga seprti ini dapat membuka mata sesetengah pihak bahawa bola sepak wanita ini boleh maju ke hadapan,” jelasnya.

Dalam pada itu, KLWFC ini turut mendapat tajaan utama daripada Aiman Motor Performance Sdn Bhd dan rakan strategik liga termasuk KitaSetiawangsa, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Atleadpass, Asiana.my, Zi and Friends TV, Kahar Sports, Lotto dan Rhino Arena.

Apa yang menarik, aksi pertama liga ini berlangsung menyaksikan semua pasukan tampil dengan semangat bersaing walaupun keadaan hujan yang lebat.

Enam pasukan yang bertanding adalah Setiawangsa Rangers FC, Dinolove FC, KL Sunbears, Hypernova Girls FC, Catalan FC dan Wonder Girls FC.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: