Antarabangsa Bola Sepak EPL

Rahsia Ronaldo dalam poket Silva


Bernardo Silva mahu rakan sepasukan memberikan lebih kawalan terhadap Ronaldo dan Cavani.

 

PEMAIN tengah Manchester City, Bernardo Silva mempunyai cara bagi menghalang pergerakan Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani yang dianggap tunjang utama Manchester United pada pertembungan malam ini.

Jelasnya, dia mengharapkan rakan sepasukan dapat memberikan lebih perhatian kepada dua pemain ini yang mampu melakukan sesuatu untuk meraih tiga mata penuh.

“Saya fikir mengawal sebahagian besar permainan dengan bola, kerana kami tahu betapa bahayanya mereka.

“Pemain seperti Cavani dan Ronaldo apabila mereka mempunyai peluang, mereka berbahaya. Mereka tidak memerlukan banyak ruang untuk menjaringkan gol.

“Satu-satunya cara untuk mengelak mereka mencipta peluang adalah dengan memiliki bola, memiliki bola sebanyak yang kita boleh dan cuba menyekat serangan balas sebanyak mungkin.

“Kami akan cuba dan kekal fokus semampu untuk meraih kemenangan, ” kata Bernardo Silva kepada laman web City.

Ronaldo dan Bernardo Silva adalah pemain utama bagi pasukan kebangsaan Portugal malahan kedua-dua pemain ini sudah memahami corak  permainan masing-masing.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading