Lain-Lain

MSN kongsi beberapa cadangan kepada WPA elak kekeliruan DNS


Ziyad dan jurulatihnya, Mohd Faizul Harun (kanan) mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku.

MAJLIS Sukan Negara Malaysia (MSN) mengambil maklum hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Dalaman berhubung isu insiden atlet para olahraga negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara Lontar Peluru F20 di Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Selaras dengan saranan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu, MSN telah pun berbincang dengan Persatuan Para Olahraga Kebangsaan untuk mengemukakan pendapat dan beberapa cadangan penambahbaikan kepada World Para Athletic (WPA).

Antara yang akan dibangkitkan ialah perlunya WPA menyediakan sistem pengawasan lebih kemas, termasuk memasang peralatan televisyen litar tertutup (CCTV) di ‘athletes call room’ dan merekodkan waktu setiap kali atlet hadir untuk membuat pendaftaran.

WPA juga akan diseru untuk memperjelaskan peraturan ‘Did Not Start’ (DNS) bagi mengelak kekeliruan seperti dialami oleh Ziyad.

“Jika atlet gagal mendaftar pada waktu yang ditetapkan, atlet berkenaan tidak harus sama sekali dibenarkan bertanding. Ianya demi mengelak kekecewaan kepada atlet tersebut seperti Ziyad dan dua atlet Australia dan Equador tersebut yang kemudiannya berjaya pula melakukan catatan rekod baru dunia.

Ahmad Shapawi Ismail

“Saya yakin bahawa sepatutnya WPA dan komuniti para olahraga dunia juga semestinya berbangga dengan atlet Para Olahraga bawah naungannya seperti Ziyad yang berjaya memperbaiki catatan rekod dunia WPA sendiri.

Dalam masa yang sama, MSN juga akan sentiasa memberikan peringatan kepada pengurusan pasukan dan jurulatih serta atlet supaya memberikan perhatian kepada tarikh dan tempoh masa pendaftaran samaada sebelum sesuatu kejohanan mahupun semasa kejohanan berlangsung.

“Kami amat menyanjung tinggi kebertanggungjawaban Faizul dan Ziyad atas insiden yang berlaku kepada mereka berdua,” jelas Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: