BEKAS penembak negara yang juga jurulatih skuad menembak Wilayah Persekutuan, Muslifah Zulkifli meninggal dunia pagi Sabtu.
Berita pemergian arwah dikongsikan Majlis Sukan Negara (MSN) di laman sosial, Facebook sebentar tadi.
Difahamkan, Muslifah,35, yang sedang mengandung lima bulan meninggal dunia akibat Covid-19 bersama bayinya selepas 43 hari bertarung nyawa di sebuah hospital swasta di Georgetown.
Muslifah merupakan pemegang pingat gangsa Sukan Asia 2014 bagi acara Rifle 50m Prone Berpasukan Wanita bersama Nur Suryani Taibi dan Ayuni Farhana Halim.
Allahyarhamah antara bekas penembak negara yang lama berada dalam program latihan pasukan kebangsaan dan pernah terbabit dalam Program Podium pada tahun 2015-2017.








Add Comment