Permotoran

F1 Mexico: Vestappen laung amaran awal


Verstappen mendahulu pusingan kelayakan. Foto: F1

Oleh: JJFIRDAUS

PENCABAR kejuaraan dunia, Max Verstappen memberi amaran awal kepada para pesaing selepas mencatat masa terpantas dalam sesi latihan kedua Grand Prix Mexico City.

Verstappen mendahului hampir setengah saat di hadapan dua pelumba Mercedes, Valtteri Bottas and Lewis Hamilton yang masing-masing mencatat masa kedua dan ketiga terpantas.

Ketika Hamilton bergelut dengan apa yang dikatakan ‘insane traffic’ pada permulaan sesi, masa dibatalkan dan terpaksa membrek kuat, Verstappen tenang mencatat masa terpantas 1m17.301s pada pertengahan sesi.

Bottas ketinggalan 0.424 saat manakala Hamilton dengan 0.509s dibelakang Verstappen dengan pelumba tempatan Sergio Perez keempat yang menggembirakan penyokong yang kembali hadir selepas perlumbaan tahun 2020 dibatalkan.

 

Pierre Gasly meneruskan prestasi cemerlang di tempat keenam ditengah-tengah pelumba Ferrari, Carlos Sainz di tangga kelima dengan Charles Leclerc yang mengalami masalah enjin pada penghujung sesi, ketujuh.

Rakan sepasukan Gasly, Yuki Tsunoda menamatkan sesi di tangga kelapan tetapi bakal memulakan perlumbaan di petak terakhir pada Ahad selepas terpaksa melakukan pertukaran komponen enjin.

Pelumba Aston Martin, Sebastian Vettel kesembilan manakala pelumba Alpine, Fernando Alonso melengkapkan 10 pelumba terpantas dalam sesi yang sibuk dan produktif bagi setiap pasukan.

Kimi Raikkonen kesebelasan manakala teman sepasukan Antonio Giovinazzi meletakkan jentera Alfa Romeo di tangga ke-13 mengatasi Lando Norris yang hanya di tangga ke-12.

Pelumba Alpine Esteban Ocon yang tidak gembira dengan jenteranya berakhir di tangga ke-14. Ocon mengatasi Daniel Ricciardo di tangga ke-15 yang hanya berjaya melakukan tujuh pusingan kerana masalah kotak gear yang menyaksikan dia banyak menghabiskan masa di dalam garaj pasukan.

Mick Schumacher berjaya mencatat masa ke-16 terpantas manakala Lance Stroll yang juga bakal memulakan perlumbaan di petak belakang membawa jentera Aston Martin di tangga ke-17.

Dua pelumba Williams Nicholas Latifi di tangga ke-18 manakala teman sepasukan, George Russell yang juga mengalami masalah kotak gear ke-20 tanpa mencatat sebarang masa.

Seorang lagi pelumba Haas, Nikita Mazepin ke-19 selepas terbabas di selekoh kelapan yang menyaksikan beliau dipanggil berjumpa Pengarah Perlumbaan kerana gagal mematuhi peraturan keselamatan.

Dalam kejuaraan yang sengit antara Verstappen dan Hamilton semakin sampai ke penghujung, sesi kelayakan akan memainkan peranan penting dalam menentukan grid permulaan GP Mexico City hujung minggu ini.

Siapakah yang bakal merebut petak utama dalam sesi kelayakan Grand Prix Mexico City. Aksi sesi kelayakan akan bersambung pada jam 2 petang waktu tempatan (4 pagi Ahad waktu Malaysia).

Keputusan Sesi Latihan Kedua Grand Prix F1 Mexico:

1. Max Verstappen – Red Bull
2. Valtteri Bottas – Mercedes
3. Lewis Hamilton – Mercedes
4. Sergio Perez – Red Bull
5. Carlos Sainz – Ferrari
6. Pierre Gasly – Alpha Tauri
7. Charles Leclerc – Ferrari
8. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
9. Sebastian Vettel – Aston Martin
10. Fernando Alonso – Alpine
11. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
12. Lando Norris – McLaren
13. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
14. Esteban Ocon – Alpine
15. Daniel Ricciardo – McLaren
16. Mick Schumacher – Haas
17. Lance Stroll – Aston Martin
18. Nicolas Latifi – Williams
19. Nikita Mazepin – Haas
20. George Russell – Williams


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: