Bola Sepak

“Takkanlah kena kanser awak nak potong gaji dia 50 peratus?” – TMJ


PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan syarat untuk menjadi sukses adalah mempunyai sikap kemanusiaan.

Tunku Ismail berkongsi luahannya mengenai seorang pemain yang mengalami kanser terpaksa berdepan dengan pemotongan gaji sebanyak 50 peratus.

Tanpa menyatakan siap pemain itu, Tunku Ismail berkongsi perkara tersebut di Instastorynya.

Selain mengenai gaji pemain yang dipotong, beliau turut berkongsi sikap yang tidak adil mengenai pembayaran bonus di antara pemain import dan pemain tempatan.

Tulisnya: “Bila menang ‘foreign’ dapat bonus US Dollar, lokal (pemain) berlari dan berhempas pulas sama, tapi bonus Ringgit. Ni ke sikap adil?.”

Manakala satu lagi posting terbaharunya juga turut menekankan sikap kemanusiaan apabila melibatkan orang yang telah berkorban.

Menurut Tunku Ismail, mangsa-mangsa sendiri yang datang mengadu kepadanya dan bukannya orang lain.

“Mangsa-mangsa sendiri datang mengadu. Lain kali jaga semua orang yang kerja dengan kita, dengan adil. Bukan pilih kasih.

“Kalau tak boleh buat kerja dengan betul letak jawatan, jangan menyusahkan orang. Lagi-lagi orang yang berkorban untuk kita. ‘Sikap Kemanusiaan’,” tulis Tunku Ismail.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: