Bola Sepak

Gol awal bantu kemenangan TFC – Nafuzi


Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

DUA gol awal pada setiap babak yang dimiliki Terengganu FC nyata memusnahkan impian dan harapan Perak FC untuk bangkit apabila kecundang 1-4 pada aksi di laman sendiri malam tadi.

Berjaya mengimbangi kedudukan dengan keputusan 1-1 pada separuh masa pertama, rentak permainan tuan rumah sedikit longgar selepas Terengganu FC mendahului lawan pada awal babak kedua hasil gol sendiri Danish Haziq.

Ketua Jurulatih TFC, Nafuzi Zain menyifatkan tugas yang diharungi anak didiknya bukanlah mudah terutamanya pada separuh masa pertama apabila Perak FC terus memberikan tekanan.

Lee Tuck meledak dua gol membantu kemenangan TFC mengatasi Perak FC, 4-1.

“Nampak mudah dengan kemenangan 4-1 tetapi pada dasarnya kami terpaksa bekerja keras dengan tentangan diberikan tuan rumah, mereka bermain baik dari segi serangan balas selain kehadiran penyokong yang menyuntik semangat pemain tuan rumah.

“Gol awal pada disetiap babak memberikan kelebihan kepada kami untuk mengawal permainan dan tidak terlalu tertekan,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Tambahnya lagi, selepas memiliki gol ketiga yang dijaringkan Lee Tuck, keyakinan pemainnya semakin ketara walaupun diasak pemain lawan.

“Saya lihat gol ketiga itu merubah corak permainan tuan rumah dan keyakinan ketara dipamerkan pemain TFC, mereka tidak terlalu tergesa-gesa dalam merancang pergerakan,” katanya.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: