Bola Sepak

Kim Swee mahu mulakan tugas sulung dengan keputusan positif


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengharapkan keputusan positif mampu dilakar anak buahnya menjelang saingan Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Jumaat ini.

Merupakan aksi pertamanya selaku ketua jurulatih selepas dilantik secara rasmi 1 Oktober lalu, bekas Pengarah Teknikal FAM ini mahu persiapan rapi selama sebulan dapat diterjemahkan oleh anak-anak buahnya dengan keputusan yang positif.

Katanya dalam setiap perlawanan pasti ada kelemahan serta kekuatan namun semua pemain perlu fokus agar dapat menyaingi kekuatan pasukan JDT.

Barisan pemain Sabah FC gigih menjalani latihan menjelang aksi menentang JDT, Jumaat ini.

“Kami mempunyai banyak kelemahan dan ada juga kekuatan, tapi kelemahan paling ketara apabila dibolosi begitu banyak gol dalam saingan Liga Super lalu.

“Kita tidak boleh mengulangi kesilapan dan kelemahan yang ada ketika bertemu JDT nanti dan percaya banyak perkara telah diperbaiki sepanjang tempoh rehat sebulan ini,” katanya ketika menjalani latihan di padang sintetik Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini.

Kim Swee berkata ketika ini Sabah FC boleh meletakkan sasaran yang positif sekaligus tidak boleh membenarkan JDT untuk menguasai perlawanan jumaat nanti.

“Kita perlu yakin bahawa bermain di laman sendiri merupakan salah satu kekuatan yang kita ada disamping sokongan daripada para penyokong selepas dibenarkan hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Piala Malaysia 2021 bermula Jumaat ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: