Permotoran

Verstappen juara Grand Prix F1 Amerika Syarikat


PEMANDU Red Bull Racing, Max Verstappen mengungguli perlumbaan di Litar COTA, Austin apabila menjuarai perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat sekaligus menjarakkan jurang mata kepada 12 mata mengatasi pencabar terdekat, Lewis Hamilton dalam perebutan juara dunia.

Memulakan perlumbaan di petak utama, Verstappen dipintas Hamilton sebelum kembali mendahului menerusi startegi hentian pit dan berjaya mengekang asakan lewat Hamilton untuk muncul pemenang buat kali pertama di Amerika.

Tempat kedua menjadi milik Lewis Hamilton dan Sergio Perez sekali lagi mengakhiri perlumbaan di tangga ketiga untuk menaiki podium buat kali kedua berturut-turut.

Charles Leclerc berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat manakala Daniel Ricciardo kelima, Valtteri Bottas di tempat keenam, Carlos Sainz ketujuh, Lando Norris kelapan, Yuki Tsunoda kesembilan manakala Sebastian Vettel melengkapkan 10 tempat teratas.

Verstappen akui perlumbaan minggu ini agak sukar.

Bercakap kepada media selepas perlumbaan, Verstappen berkata:  “Kami terpaksa berlumba secara agresif dan saya tidak menjangkakan yang ianya akan berhasil. Tetapi beberapa pusingan terakhir amat hebat. Saya sangat gembira kerana berjaya mengekalkan kedudukan.”

Sementara itu Hamilton mengucapkan tahniah kepada Verstappen atas kemenangan ini dan berkata: “Ianya adalah satu perlumbaan yang sukar. Saya berjaya bermula dengan baik dan memberikan segalanya tetapi akhirnya Red Bull mempunyai kelebihan minggu ini.”

Formula Satu akan bergerak ke Mexico selepas ini pada 7 November nanti di Litar Hermanos Brothers dengan satu lagi perlumbaan sengit dijangka bakal diberikan oleh kedua-dua pencabar kejuaraan ini.

Mampukah Hamilton merapatkan jurang mata atau mampukah Verstappen menjarakkan lagi mata keseluruhan dengan berbaki lima perlumbaan. Sama-sama kita nantikan.

Keputusan F1 Amerika Syarikat:

1. Max Verstappen – Red Bull
2. Lewis Hamilton – Mercedes
3. Sergio Perez – Red Bull
4. Charles Leclerc – Ferrari
5. Daniel Ricciardo – McLaren
6. Valtteri Bottas – Mercedes
7. Carlos Sainz – Ferrari
8. Lando Norris – McLaren
9. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
10. Sebastian Vettel – Aston Martin
11. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
12. Lance Stroll – Aston Martin
13. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
14. George Russell – Williams
15. Nicolas Latifi – Williams
16. Mick Schumacher – Haas
17. Nikita Mazepin – Haas
18. Fernando Alonso – Alpine
19. Esteban Ocon – Alpine
20. Pierre Gasly – Alpha Tauri

Kedudukan Pemandu Selepas F1 Amerika Syarikat (10 teratas):

1. Max Verstappen – 287.5 mata
2. Lewis Hamilton – 275.5 mata
3. Valtteri Bottas – 185 mata
4. Sergio Perez – 150 mata
5. Lando Norris – 149 mata
6. Charles Leclerc – 128 mata
7. Carlos Sainz – 122.5 mata
8. Daniel Ricciardo – 105 mata
9. Pierre Gasly – 74 mata
10. Fernando Alonso – 58 mata

Kedudukan Pengeluar Selepas F1 Amerika Syarikat:

1. Mercedes – 460.5 mata
2. Red Bull Racing – 437.5 mata
3. McLaren – 254 mata
4. Ferrari – 250.5 mata
5. Alpine – 104 mata
6. Alpha Tauri – 94 mata
7. Aston Martin – 62 mata
8. Williams – 23 mata
9. Alfa Romeo – 7 mata
10. Haas – 0 mata


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: