Bola Sepak

Perak FC mungkin ada ‘sinar di hujung terowong’ musim depan


Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

PERAK FC berkemungkinan beraksi dalam saingan Liga Super 2022 seandainya Sarawak United FC dikenakan hukuman turun pangkat jika gagal melunaskan tunggakan gaji pemain.

Selain diturunkan ke Liga Premier, Sarawak United yang merupakan Naib Juara Liga Premier musim ini turut dikenakan hukuman larangan perpindahan pemain dan lebih buruk penarikan lesen kelab.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, sebarang perubahan membabitkan pertukaran pasukan dalam saingan Liga Malaysia 2022 bergantung kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL.

“Itu senario yang memerlukan keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL, kalau ada penarikan atau penurunan atau kekal bergantung kepada keputusan ahli lembaga pengarah,” jelasnya pada sidang media Pelesenan Kelab MFL dan First Instance Body (FIB) di Wisma FAM, pada Khamis.

Terdahulu Stuart memaklumkan Sarawak United FC yang bakal beraksi dalam saingan Liga Super musim depan perlu menjelaskan tunggakan gaji pemain pada 15 Disember 2021.

“MFL menuntut setiap pasukan menyerahkan surat pernyataan berkanun yang membuktikan bahawa mereka bebas dari sebarang pembayaran atau kelewatan membayar gaji, KWSP, LHDN dan Perkeso kepada MFL pada 15 Disember 2021, menjelang aksi Liga Super dan Liga Premier 2022 yang akan datang .

“Oleh itu, Pentadbiran Pelesenan Kelab MFL akan melakukan lawatan ke lokasi untuk tujuan siasatan selanjutnya.

“Sekiranya Sarawak United FC gagal bekerjasama atau memenuhi syarat dengan cara apa pun, perkara akan diajukan kepada FIB dan sekatan berdasarkan Artikel 2.4 Peraturan Kelab MFL 2021 boleh dikenakan termasuk tetapi tidak terbatas pada pemindahan larangan, penyingkiran ke pembahagian bawah dan pengeluaran lesen,” tambahnya.

Berdasarkan kedudukan dalam saingan Liga Super musim ini, Perak FC yang menamatkan cabaran ditangga ke-11 dianggap pasukan paling sesuai berbanding UiTM FC yang berada di tangga tercorot Liga Super.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: