Antarabangsa

The Citizens mula pamer taring


MANCHESTER City semakin hampir meloloskan diri ke pusingan seterusnya dalam Liga Juara-Juara selepas menang bergaya 5-2 mengatasi Club Brugge 5-1 awal pagi.

Bagi Pep Guardiola, aksi yang dipamerkan skuad kendalian awal pagi tadi  persembahan antara terbaik di Europah setakat ini.

“Kami semua gembira. Kami sangat bagus. Jika kami boleh mengambil tiga mata lagi, untuk mengumpul sembilan mata berbaki dua perlawanan, kami semakin hampir layak ke pusingan seterusnya,” tegasnya.

Pada aksi pagi tadi, Riyad Mahrez meledak dua gol sebagai amaran awal menunjukkan status sebagai pencabar utama mahkota Eropah itu.

Joao Cancelo memberikan gol pendahuluan buat City pada minit ke-30 sebelum Mahrez menggandakan kelebihan jaringan dengan menyempurnakan penalti pada minit ke-43.

Pertahanan City, Kyle Walker menambah gol ketiga pada minit ke -53 manakala pemain berusia 19 tahun, Cole Palmer menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara selang 12 minit kemudian.

Hans Vanaken kembali mendapatkan satu gol buat skuad tuan rumah pada minit ke-81  namun Mahrez menemui gol keduanya buat City empat minit kemudian.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: