Antarabangsa

“Saya okay Simone enggan bersalam”


Klopp mengakui dia faham keadaan Simone yang tidak berpuas hati dengan keputusan perlawanan.

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp memahami dengan tindakan Diego Simone yang enggan bersalam dengannya selepas tamat aksi Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Aksi Kumpulan B itu menyaksikan Atletico Madrid tewas 2-3 kepada Liverpool sekaligus antara punca ketidakpuasan hati Simone selepas Antoine Griezmann diarah keluar padang dan Liverpool dihadiahkan sepakan penalti.

Griezmann sebelum itu telah meledak dua gol (m-20,34) yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan seri dengan gol The Reds dijaringkan Mohamed Salah (m-8) dan Naby Keita (m-13).

Selepas perlawanan, Simone dilihat terus berjalan ke terowong tanpa mengendahkan huluran tangan Klopp yang ingin bersalam dengannya.

Simone tidak menghiraukan Klopp selepas tamat perlawanan.

Bagaimanapun, Klopp tidak terkejut dengan reaksi Simone itu dan hanya menunjukan isyarat bagus selepas itu.

“Kenapa saya perlu marah? Syaa bukannya bodoh dan tidak marah (tindakan Simone).

“Pada saat itu saya faham, dia sedang menuju ke dalam. Dia beremosi, saya beremosi dan tidak elok anda membuat cerita mengenai perkara ini.

“Anda kata saya marah… bila saya marah? Sekarang ini saya berasa marah kerana soalan anda,” luah Klopp kepada BT Sport.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: