Bola Sepak

Salam takziah buat Nik Akif yang kehilangan bapa tercinta


Nik Akif (no.8) antara 23 pemain yang terpilih ke Mongolia pada Rabu ini. Foto: FAM

DUGAAN besar buat pemain muda Bawah 23 Tahun Negara Nik Akif Syahiran Nik Mat selepas kehilangan bapa tercintanya Nik Mat Yusof yang terlibat dalam satu kemalangan pada Selasa.

Pemain kelahiran Kuala Krai, Kelantan ini dikejutkan dengan berita sedih ini ketika dia bersama-sama skuad B-22 negara yang akan berangkat ke Mongolia pada Rabu (esok) bagi mengharungi Kejohanan Kelayakan Piala Asia B-23 Tahun.

Nik Akif,22, antara pemain yang terpilih menyarung jersi kebangsaan di bawah bimbingan ketua jurulatih Brad Maloney dan sepanjang lebih kurang dua minggu dalam kem latihan dia telah mempamerkan aksi terbaiknya.

Malah anak kedua daripada empat beradik ini turut menjaringkan gol ketika aksi persahabatan menentang Penang FC minggu lalu.

Walaupun pahit untuk ditelan dengan kehilanagan bapa tersayang, diharap pemain muda Terengganu FC ini tabah mengharungi dugaan dan terus memberikan komitmen terbaik buat skuad negara.

Al-Fatihah.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: