Bola Sepak

“Aksi persahabatan lebih kepada persediaan Liga Super” – Trucha


Trucha akui ‘tidak suka’ dengan kekalahan dengan aksi persahabatan bertemu B-22 negara pada Jumaat. 

Oleh: JJFIRDAUS/ Foto: IZARI ROSLI

PENGENDALI Penang FC, Tomas Trucha nyata tidak suka akan kekalahan yang dialami skuadnya kepada pasukan Bawah 22 Malaysia dalam aksi persahabatan pada Jumaat tetapi positif kerana perlawanan ini bukanlah persediaan untuk menghadapi Piala Malaysia.

Kejohanan Piala Malaysia yang akan kembali berlangsung dalam tempoh dua minggu lagi bukanlah keutamaan dalam perlawanan persahabatan ini sebaliknya lebih memberikan masa permainan buat pemain.

“Saya tidak menyediakan pasukan untuk Piala Malaysia sebaliknya saya memberikan lebih masa permainan kepada pemain-pemain saya terutama pemain simpanan dan pemain muda.”

“Saya juga menggunakan sesi perlawanan persahabatan ini sebagai medan untuk menguji pemain dalam mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Liga Super tahun hadapan,” kata Trucha selepas perlawanan.

Penang FC (putih) menurunkan pemain-pemain muda dan simpanan ketika aksi bertemu skuad B-22 pada Jumaat.

“Sudah pasti saya tidak suka akan kekalahan. Tetapi saya sudah memaklumkan kepada pihak pengurusan bahawa Penang FC perlu menjadi lebih baik untuk musim depan.”

“Ini kerana, pasukan lawan sudah pastinya tidak akan memandang rendah keupayaan Penang FC selepas kami mengharungi musim yang cemerlang tahun ini.” tambah Trucha.

Pulau Pinang kini dalam rangka perlawanan persahabatan dan akan bertemu juara Liga Premier, Negeri Sembilan di Paroi sebelum berhadapan Perak di Ipoh.

Untuk saingan Piala Malaysia pula, Penang FC akan berkunjung ke Kuantan bagi menghadapi Sri Pahang FC dengan kemenangan pasti akan mengembalikan semula skuad Harimau Kumbang ke landasan untuk layak ke peringkat suku akhir.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d