Bola Sepak

Jorginho seharusnya menang anugerah Ballon d’Or – Mancini


Mancini melihat Jorginho (tengah) seharusnya memenangi anugerah Ballon d’Or.

JURULATIH Itali, Roberto Mancini percaya pemain tengahnya, Jorginho antara calon utama untuk memenangi anugerah Ballon d’Or.

Jorginho mencapai pencapaian tinggi pada musim 2020/2021 dan merupakan tonggak utama  Chelsea memenangi Liga Juara-Juara, sementara Itali memenangi Euro 2020.

Senarai 30 nama yang menjadi calon Ballon d’Or tekah dikeluarkan semalam dan lima daripadanya adalah anak didik Mancini dalam skuad Azzuri.

Selain Jorginho, calon lain yang merupakan pemain skuad Itali adalah Nicola Barella, Gianluigi Donnarumma, Leonardo Bonucci, dan Giorgio Chiellini.

“Mereka adalah pemain yang baik dan tentu saja mereka tidak berada di sana kerana saya. Jorginho seharusnya memenangi Ballon d’Or dan dia benar-benar layak mendapatkannya.

“Dia berusaha mendapatkan apa yang diinginkan dan dia benar-benar layak mendapatkannya. Sesuatu yang aneh jika dia tidak memenanginya,” kata Mancini kepada laman web UEFA.

Sejak 2007, persaingan untuk bola emas dikuasai oleh dua pemain, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sehinggalah pada tahun 2018, Luka Modric memecahkan monopoli Messi-Ronaldo.

Modric merangkul gelaran berkenaan setelah memimpin Croatia untuk mara ke final Piala Dunia 2018 namun Croatia gagal selepas tewas ditangan Perancis.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: