Bola Sepak

“Harimau Malaya tidak akan serik”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : SUBKHI SUDARJI

HARIMAU Malaya tidak akan sesekali serik untuk berhadapan dengan pasukan yang berada di kedudukan ranking lebih tinggi kerana ia merupakan salah satu proses pembelajaran dan pengalaman untuk meningkatkan prestasi pasukan.

Pengendalinya, Tan Cheng Hoe melihat dua perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan yang ditempuhi amat bernilai bukan sahaja buat pemain itu sendiri tetapi juga kejurulatihan.

“Seandainya diberikan peluang untuk bermain dengan pasukan yang lebih baik kami bersedia, bukan tidak mahu jumpa dengan pasukan dibawah ranking Malaysia, jauh lebih baik kita belajar sesuatu bila menghadapi pasukan yang lebih kuat.

“Memang kita mahukan mata untuk perbaiki kedudukan , kami sebagai jurulatih juga sentiasa mahukan fokus tentang peningkatan prestasi pemain dan pasukan setiap kali beraksi,” katanya pada sidang media secara maya, sebentar tadi.

Pada dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Jordan yang menghuni rangking ke-93, Rabu lalu skuad kebangsaan tewas 0-4 kemudian tewas 1-5 kepada Uzbekistan malam tadi pada aksi yang berlangsung di Amman, Jordan.

Mengulas dua kekalahan yang dialami pasukan, Cheng Hoe memaklumkan skuadnya sudah bersedia dengan apa situasi yang bakal dilalui.

“Pendedahan dan peluang yang berguna buat pemain-pemain baru untuk beraksi dengan pasukan yang lebih baik dari skuad kebangsaan.

“Kita perlu memberi keyakinan dan juga kata-kata semangat supaya mereka bersedia pada masa hadapan untuk berjumpa dengan mana-mana pasukan yang lebih kuat.

“Dari situ pemain akan mempelajari dan menerima situasi beraksi dengan pemain lawan yang memiliki fizikal yang lebih baik dari segi kepantasan dan teknik serta skil dari pasukan kita.

“Ini ujian terbaik buat skuad pasukan kebangsaan terutamanya pemain-pemain yang kali pertama menyertai pasukan,” tegasnya.

 

,


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: