Lain-Lain

Tahniah! Pandelela Rinong kini bergelar Datuk

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pandelela menerima anugerah Panglima Setia Bintang Sarawak yang membawa gelaran Dato’. Foto: Instagram Pandelela

RATU terjun tanah air, Pandelela Rinong dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud pada Sabtu.

Pandelela antara atlet wanita terjun wanita negara yang telah banyak mencipta kejayaan besar di pentas antarabangsa termasuk merupakan pemenang pingat perak (2016) dan gangsa 2012) pada Sukan Olimpik selain pingat emas Kejuaraan Dunia Fina di Tokyo tahun ini.

Memetik laporan Astroawani, atlet yang menguasai acara 10 meter platform yang berusia 28 ini antara 17 penerima PBSB termasuk Senator Dr Zaiedi Suhaili, Senator Dr Nuing Jeluing, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri, ADUN Samalaju Majang Renggi, ADUN Layar Gerrald Rentap Jabu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Mancha Ata, Datin Dr Zaliha Christine Abdullah, Dr Chin Zin Hing, Haidar Khan Asghar Khan, Profesor Dr Spencer Empading Sanggin, Christopher Adrian, Chai Voon Tok, Dona Babel, Polit Hamzah, Temenggong Wilfred Billy Panyau dan Temenggong Austin Dimin Niyon.

Pandelela telah melakar pelbagai kejayaan di pentas dunia. Foto: IG Pandelela

Sementara itu, bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Ahmad Urai Abang Muhideen mengetuai senarai penerima darjah kebesaran negeri iaitu Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, yang membawa gelaran Datuk Amar.

Turut menerima pingat yang sama, secara posthumous, ialah bekas anggota kabinet pertama Sarawak, Allahyarham Dato Seri Pengiran Hipni Pengiran Annu.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri serta Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, merupakan antara enam penerima darjah Panglima Negara Bintang Sarawak yang membawa gelaran Dato Sri.

Turut menerima darjah yang sama Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin; Peguam Besar Negeri, Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid; Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Pengerusi KKB Engineering Berhad, Datuk Kho Kak Beng.

Dua individu pula menerima pingat Panglima Gemilang Bintang Kenyalang yang membawa gelaran Datuk iaitu Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Ukas, Abdullah Saidol dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shin Yang, James Ling Lu Kiong.

Selain itu, seramai 13 orang menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak yang membawa gelaran Datu iaitu Kameri Affandi, Edwin Abit, Dr Rashidah Bolhassan, Sherrina Hussaini, Indit Bangai, Jack Aman Laut, Abdullah Julaihi, Lau Hieng Ung, Prof Madya Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Dr Azhar Ahmad, Khirudin Drahman@Hussaini, Muhammad Yakub Kari dan Hashim Bojet.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: