Oleh : SUBKHI SUDARJI
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan dalam usaha mencari jalan membantu hampir 2,000 operator sukan memulakan semula perniagaan mereka yang dilaporkan terjejas sejak 1 Jan lepas akibat Covid-19.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, dia akan berbincang bersama Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk memberikan bantuan sewajarnya kepada pemain industri yang terkesan.
“KBS mengharapkan agar pakej bantuan kepada mereka dapat dimasukkan dalam Belanjawan 2022 yang bakal dibentang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober nanti,” katanya dalam sidang media.
Ahmad Faizal berkata demikian dalam majlis perasmian sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 di sini.
Katanya lagi, Kementeriannya kini sedang fokus dalam menggalakkan orang ramai untuk menceburkan diri dalam industri sukan yang diyakini mampu memberi masa depan cerah kepada mereka.
“Dalam aspek sukan, saya sentiasa sarankan atlet ternama sekarang adalah masa sesuai monetize dengan satu jenama yang boleh bawa keuntungan kepada diri mereka and sukan mereka wakili
“Malah saya juga mahu mendorong bekas atlet serta golongan belia yang masih menganggur agar turut serta terlibat dalam bidang perniagaan di dalam industri sukan yang sebenarnya berpotensi untuk berkembang dan seterusnya dapat menjamin kelangsungan hidup mereka,” katanya.
Add Comment