Lain-Lain

Wada gantung Indonesia, Thailand


Oleh: JJFIRDAUS

AGENSI Anti-Dadah Dunia (Wada) mengesahkan bahawa Organisasi Anti-Dadah Kebangsaan (Nado) Thailand dan Indonesia telah diisytiharkan tidak mematuhi peraturan Anti-Dadah antarabangsa.

Akibatnya, kedua-dua negara kini berhadapan sekatan ketat seperti tidak dibenarkan menganjurkan mana-mana kejohanan serantau, kejohanan benua mahupun kejohanan dunia dalam apa jua kod acara selama setahun atau sehingga kembali diiktiraf Wada.

Bendera negara juga tidak dibenarkan dikibarkan dalam acara sukan utama kecuali Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik selama tidak diiktiraf Wada.

Nado kebangsaan juga kehilangan hak istimewa Wada dan tidak dibenarkan menganjur mana-mana acara yang dianjur agensi tersebut manakala wakil dari kedua-dua negara tidak dibenarkan menjadi wakil dalam badan Wada.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: