Lain-Lain

Farah Ann ‘rehat’ sementara fokus proses pemulihan


Farah Ann mahu fokus pemulihan sebelum kembali beraksi tahun hadapan. Foto: MSN

RATU gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi menghabiskan baki tahun ini dengan fokus kepada pemulihan dirinya.

Atlet berusia 27 tahun itu memberitahu, dia hanya akan merancang untuk sertai pertandingan pada tahun 2022 dengan lebih baik dan tidak terlalu menekan dirinya.

“Saya masih belum pulih sepenuhnya daripada aksi Sukan olimpik Tokyo baru-baru ini yang amat sukar, dan saya merancang untuk berlatih dengan perlahan-lahan di Majlis Sukan Negara (MSN) tahun hadapan,” katanya kepada Bernama.

Farah Ann yang pertama kali membuat penampilan pada Olimpik gagal melayakkan ke peringkat akhir acara all-around selepas menduduki tempat ke-68 daripada 85 peserta dengan mengutip 48.565 mata keseluruhan.

 

Dalam pada itu, Farah masih belum pasti mengenai kejohanan yang akan disertai tahun hadapan.

“Saya tidak pasti sama ada saya akan bertanding pada Sukan SEA atau tidak. Tetapi saya percaya Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang berkemungkinan berlangsung pada akhir tahun,” katanya.

Sukan SEA dijadualkan berlangsung pada 21 November hingga 2 Disember di Hanoi namun di tangguhkan ke tahun hadapan, kemungkinan pada Mei disebabkan pandemik Covid-19.

Manakala Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, United Kingdom dijadualkan berlangsung dari 28 Julai hingga 8 ogos manakala Sukan Asia Hangzhou, China dari 10 hingga 25 September depan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: