Lain-Lain

Sukan SEA Ke-31 Hanoi ditangguh ke Mei 2022


SUKAN SEA ke-31 yang dijadual berlangsung akhir tahun ini di Vietnam ditunda kepada Mei 2022.

Bagaimanapun tarikh sebenar temasya Sukan SEA ini akan disahkan penghujung bulan ini apabila  Jawatankuasa Penganjuran masih menunggu pengesahan daripada pihak kerajaan.

Menurut kenyataan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Sukan SEA Ke-31 dijangka akan berlangsung pada pertengahan Mei 2022.

Perkara tersebut diumumkan selepas Mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) yang berlangsung di Wisma OCM pada Isnin.

Pada mesyuarat itu juga, kata sepakat  telah dicapai dengan melantik Jawatankuasa Olimpik Nasional Kemboja (tuan rumah Sukan SEA ke-32 2023)  menjadi Presiden Bersama SEAGF dan Jawatankuasa Olimpik Nasional Vietnam.

“Ini akan memastikan kelancaran persiapan untuk Sukan SEA ke-32 2023 yang akan diadakan pada 5-16 Mei 2023.”

Sukan SEA 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 21 November hingga 2 Disember ini ditangguhkan berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 di rantau Asia Tenggara.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: