Lain-Lain

Ahmad Sufiani dipilih Presiden Sukan Touch penggal 2021-2023

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ahmad Sufiani Johari

AHMAD Sufiani Johari dipilih Presiden Sukan Touch Malaysia bagi penggal 2021-2023.

Manakala Presiden Persatuan Touch Negeri Sembilan, Mohd Farid Shah Mohd Basir dipilih  Timbalan Presiden.

Pelantikan Ahmad Sufiani dan Mohd Farid disahkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan Persatuan Sukan Touch Malaysia pada 3 Oktober lalu.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Sukan Touch Malaysia, Samsul Norazim Samsudin, mesyuarat dan pemilihan berlangsung secara dalam talian dengan dihadiri perwakilan daripada tujuh persatuan negeri yang telah diluluskan penubuhannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Negeri-negeri yang terlibat adalah Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Terengganu dan Sarawak.

Manakala persatuan negeri bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka serta beberapa negeri lain sedang menunggu kelulusan penubuhan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Foto: SukanDaily

Sufiani, 45, merupakan pengasas dan presiden interim Persatuan Sukan Touch Malaysia mempunyai pengalaman luas dalam sukan ini di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Pada penganjuran Piala Dunia Touch 2019 Putrajaya (9th Touch World Cup 2019 Malaysia), Sufiani bertindak selaku Ketua Jawatankuasa Penganjur dan kepimpinan beliau menyaksikan Malaysia dinobatkan sebagai salah satu penganjur terbaik oleh Persekutuan Sukan Touch Antarabangsa (Federation of International Touch (FIT).

Malaysia juga telah disahkan oleh badan induk dunia tersebut sebagai Ahli Badan Gabungan Rasmi pada 19 Ogos 2021.

Dengan pengiktirafan tersebut, Malaysia kini mendapat kelayakan untuk menyertai semua acara anjuran FIT, layak dijemput untuk semua acara anjuran FIT, diberi akses dan penyertaan penuh dalam program pembangunan sukan touch serta diberi hak untuk hadir, bersuara dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung badan dunia itu.

Kehadiran Malaysia dalam badan dunia berkenaan menjadikan sejumlah 46 buah negara kini bernaung di bawah FIT.

Di dalam ucapan sulungnya selaku Ahmad Sufiani merakamkan penghargaan kepada barisan jawatankuasa interim yang telah bertungkus lumus memastikan penubuhan badan sukan kebangsaan menjadi kenyataan seterusnya berazam mengembangkan lagi potensi sukan touch kepada seluruh rakyat Malaysia.

Antara yang dirancang ialah penganjuran Liga Sukan Touch Kebangsaan (Inaugural National Touch League 2021) yang dijadualkan pada bulan Disember nanti di Putrajaya serta program pembangunan akar umbi di seluruh negara.

Senarai penuh ahli jawatankuasa Persatuan Sukan Touch Malaysia bagi penggal 2021-2023 adalah seperti berikut:

JAWATANKUASA INDUK PERSATUAN SUKAN TOUCH MALAYSIA 2021-2023

PRESIDEN
Hj. Ahmad Sufiani Johari – Putrajaya Touch Association

TIMBALAN PRESIDEN
Hj. Mohd Farid Shah Mohd Basir – Touch Association Negeri Sembilan (TANS)

NAIB-NAIB PRESIDEN

Shazmi Ali Sardar Ali – Touch Association Selangor (TAS)

Jake Abbas – Pahang Touch Association (PTA)

Hafizan Fuad – Touch Association Johor (TAJ)

Hj. Hafisz Rachman Drahman – Sarawak Touch Association (STA)

SETIAUSAHA AGUNG
Samsul Norazim Samsudin – Putrajaya Touch Association

PENOLONG SETIAUSAHA
Iqmarl Hadi Kamal – Putrajaya Touch Association

BENDAHARI
Cut Iffa Izza Tengku Ermanda – Touch Association Kuala Lumpur (TAKL)

PENOLONG BENDAHARI
Anis Amyra Azami – Putrajaya Touch Associatio

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: