Lain-Lain

Adli ‘Goldenboy’ rangkul tali pinggang juara menerusi TKO, tambah rekod 9 kali tanpa kalah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Adli merangkul tali pinggang Kejuaraan UBO Inter-Continental menerusi keputusan TKO di Jakarta.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PETINJU negara Adli Hafidz Mohd Fauzi atau dikenali ‘Goldenboy’ ternyata terkejut dengan kemenangan TKO ke atas lawannnya Robert Kopa pada aksi Kejuaraaan UBO Inter-Continental di Bekasi, Jakarta pada Rabu.

Atlet tinju negara yang berusia 31 tahun ini berdepan dengan lawan tuan rumah berpengalaman Robert Kopa dalam saingan kategori middleweight 72.6 kilogram sekaligus dia melakar kejayaan tersendiri hari ini.

“Saya sangat gembira, terkejut dan sebak pun ada juga. Saya jangkakan perlawanan akan mengambil masa panjang memandangkan Kopa adalah lawan yang berpengalaman.

“Pada pusingan pertama saya lebih banyak menunggu dan bertahan. Sebelum ini saya banyak ‘study’ mengenainya yang suka mempamerkan aksi terjah.

“Namun pada lawan kedua, jurulatih saya minta tukar strategi, banyakkan membuat tumbukan di bahagian perut lawan.

Adli bakal meneruskan cabaran pada aksi Kejuaraan Dunia Disember ini.

“Saya melepaskan tumbukan di bahagian perut dan juga tumbukan di bahagian dagu membuat dia jatuh.

“Pada mulanya saya lihat dia cuba bertahan (dari jatuh), namun keadaan tidak mengizinkan untuk dia teruskan perlawanan.

“Keputusan saya menang dengan ‘technical knockout’ (TKO) pada pusingan kedua,” kongsinya kepada CAKAP SUKAN.

Tambah Adli keputusan ini menyaksikan dia merakam rekod kemenangan sembilan kali tanpa kalah.

“Saya berjaya perbaiki rekod daripada lapan ke sembilan kali rekod tanpa kalah dan ‘knockout’ lima kali,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adli memberitahu dia akan berehat selama seminggu sebelum kembali menjalani rutin latihan.

“Disember ini ada UBO World Championship dan saya tidak boleh berehat lama,” ujar pemenang pingat perak Sukan SEA 2017 ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: