Lain-Lain

Aksi tangguh ke Rabu, Adli ‘Goldenboy’ kekal positif

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Adli melakukan persediaan rapi bagi kejohanan ini. Foto: IG AdliGoldenboyHafidz

Oleh: SURYATI MOHD NOR

KEJUARAAN UBO Inter-Continental 2021 yang sepatutnya berlangsung hari ini di Bekasi, Jakarta terpaksa ditangguhkan pada Rabu (esok) ini.

Ia ditangguh disebabkan timbulnya perkara yang tidak dapat dielakkan.

Salah seorang peserta negara, Adli Hafidz Mohd Fauzi atau dikenali ‘Goldenboy’ yang beraksi dalam kategori middleweight 72.6 kilogram bertemu pencabar tuan rumah, Robert Kopa.

Menurut Adli, biarpun ditangguhkan lewat dua hari dari tarikh yang sebenar, dia masih berada dalam persediaan yang baik.

“Saya masih ‘on track’ lagi,” jelasnya ringkas kepada CAKAP SUKAN.

Adli yang merupakan pemenang pingat perak kategori light heavyweight 81 kilogram (kg) pada Sukan Sea 2017 ini bakal berdepan dengan pencabar sengit tuan rumah, Robert Kopa dengan rekod 14-9-0 bagi merebut kejuaraan berkenaan.

Bagi pejuang pejuang kelahiran Johor Bharu ini, mental dan fizikalnya dalam keadaan positif selepas melakukan persediaan baik untuk kejuaraan ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: