Lain-Lain

“Pemergian Zolkples Embong satu kehilangan besar…” – Ahmad Shapawi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong

SUKAN tanah air hari ini menerima berita sedih apabila bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong menghembuskan nafas terakhir pagi Ahad di kediamannya.

Allahyarham Zolkples adalah nama yang tidak asing dalam arena sukan negara. Dilahirkan pada 1 Mac 1959 di Dungun, Terengganu, Allahyarham merupakan alumni
Sekolah Sultan Alam Shah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1982.

Beliau telah dilantik ke perkhidmatan awam sebagai Pegawai Kanan Kebudayaan, Belia dan Sukan Tingkatan Biasa di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun yang
sama, dan pada tahun 1984 bermulalah tugasan beliau sebagai
Pegawai Kemajuan Sukan Tingkatan Biasa di Bahagian Pembangunan, Majlis Sukan Negara.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkongsi jejak kecemerlangan Allahyarham dalam karier berteraskan sukan, telah mencatat banyak memori yang sebenarnya telah termaktub sebagai sebahagian daripada sejarah sukan negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Ketua Pengarah MSN Zolkples Embong meninggal dunia

“Usaha demi kemajuan sukan negara terus diperjuangkan, apabila Allahyarham dilantik sebagai salah seorang pegawai yang bertanggungjawab sehingga tertubuhnya Majlis Sukan Negeri Kelantan.

“Allahyarham juga menjadi antara tenaga yang bertanggungjawab dalam pembinaan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, bertanggungjawab sebagai salah seorang panel dalam proses merangka Akta Pembangunan Sukan 1997, bertindak sebagai Ahli Lembaga Pengarah Sukom98 Berhad, menggalas tanggungjawab sebagai peneraju Program Doha 2006, Program Pembangunan Sukan Teras, dan banyak peranan penting yang sanggup dipikul demi kecintaannya kepada sukan, sehinggalah pada tanggal 25 April 2007,  Allahyarham dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara,” kongsi Ahmad Shapawi dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Allahyarham Zolkples dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

Selama 7 tahun bergelar Ketua Pengarah MSN, bukanlah satu perjalanan yang ditempuhi dengan mudah.

Disamping kepelbagaian usaha memperkasakan programprogram usahasama dengan persatuan-persatuan sukan kebangsaan; demi pembangunan dan kemajuan atlet negara,

Allahyarham tetap tidak pernah mengenal erti penat dan lelah.

“Tahun 2010 merupakan tahun kegemilangan sukan negara apabila Kontinjen Malaysia mencapai kejayaan luar biasa dengan pungutan pingat tertinggi semasa penyertaan di Sukan Komanwel New Delhi dan Sukan Asia Guangzhou 2010 dan pencapaian tersebut juga telah diiktiraf oleh ‘The Malaysia Book of Records’.

Ahmad Shapawi Ismail

“Kepercayaan terus menerus diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan sukan ketika itu kepada Allahyarham, apabila pada 18 Disember 2014 Allahyarham dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

Kejayaan menganjurkan temasya ke-29 yang gilang gemilang dengan Malaysia menjadi tuan rumah buat kali keenam – membuktikan Allahyarham mampu melaksanakan apa sahaja
tugasan dengan penuh dedikasi,”

Allahyarham juga amat disegani oleh oleh pegawai dan anggota MSN dan telah meninggalkan jasa besar pada dunia sukan tanah air.

“Salam takziah kepada ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.”

Al-Fatihah.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: