Bola Sepak

“Tiada isu dengan Dion Cools” – Cheng Hoe

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui ketiadaan khidmat pemain kacukan, Dion Cools bersama skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan satu kerugian namun percaya pemain ini akan menyertai pasukan dalam kejohanan Piala AFF 2020 di Singapura nanti.

Tegasnya, semua pasukan yang hadir menyertai kem latihan seharusnya berada dalam tahap kecergasan yang terbaik tanpa dibelenggu kecederaan.

“Pemain tersebut (Dion Cools) masih lagi berada dalam senarai kecederaan, mungkin kelab menurunkan pemain berkenaan pada aksi malam tadi adalah sebagai salah satu proses pemulihan buat dirinya dan kebaikkan untuk masa depan bersama pasukan negara.

“Sebenarnya tiada isu, FAM sentiasa berkomunikasi dengan pihak kelab dan kita memang mengharapkan pemain ini akan cergas sepenuhnya menjelang aksi di Piala AFF 2020 di Singapura nanti,” jelasnya pada sidang media secara maya pada Isnin.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: