Bola Sepak

JDT sambung kontrak Shane Lowry

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Lowry menandatangai kontrak sambungan bersama JDT. Turut kelihatan Edwards, (kanan) dan Mora. Foto: JDT

Oleh: JJFIRDAUS

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan lanjutan kontrak dua tahun untuk pemain pertahanan, Shane Lowry dalam satu majlis sidang media di Ibu Pejabat JDT, Iskandar Puteri pada Isnin.

Shane yang dibawa secara pinjaman selama enam bulan dari kelab Al-Ahli telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan sekaligus diberikan kontrak untuk kekal di Harimau Selatan selama dua tahun lagi.

Menerusi sidang media selepas pengumuman rasmi itu, Shane pemain kelahiran Australia berusia 32 tahun itu berkata beliau gembira lanjutan kontrak ini dan bersedia untuk mengharungi kempen Piala Malaysia bersama JDT.

Lowry diumumkan sebagai pemain kekal JDT selama dua tahun. Foto: JDT

“Saya adalah pemenang dan bergandingan dengan mereka di sini yang juga pemenang sangat menyenangkan dan saya sentiasa terbuka untuk memberi tunjuk ajar kepada pemain-pemain muda,” ujar Lowry kepada media.

Ketua Jurulatih, Benjamin Mora ternyata gembira kerana Shane telah menunjukkan kematangan dalam permainan beliau dan menyatakan bahawa bekas pemain Leeds United ini adalah seorang pemain yang lengkap.

“Beliau adalah seorang pemain yang lengkap dari sudut teknikal, taktikal dan fizikal serta beliau mempunyai ‘mindset’ yang bagus dan pengurusan JDT telah membuat pilihan yang tepat menandatangani pemain pertahanan tengah kidal ini,” ujar Mora.

Majlis menandatangani kontrak itu turut dihadiri Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: