Bola Sepak

JDT dipilih jenama Paling Popular Johor

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Farizal  menerima anugerah daripada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad. Foto: JDT

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menerima anugerah Jenama Paling Popular Johor sewaktu majlis pra-pelancaran Johor Tourism Interchange dan Virtual Majestic Johor Week 2021 pada pada Isnin.

Menerusi hantaran di laman sosial rasmi kelab, kapten JDT, Farizal Marlias mewakili kelab telah menerima anugerah tersebut dari Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad bersama Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Pelancongan, Belia dan Sukan Johor.

Farizal mewakili JDT menerima Anugerah Jenama Paling Popular Johor pada Isnin. Foto: JDT

Jenama JDT bukan sahaja satu jenama yang popular di negeri Johor tetapi juga di Malaysia dan Asia hasil kejayaan Harimau Selatan di dalam dan di luar padang hingga berjaya menjuarai 18 trofi sejak ditubuhkan pada tahun 2013.

Dengan kejayaan ini, ianya boleh menjadi pemangkin kepada JDT untuk terus berjaya dan juga menjual jenama kelab ini kepada para penaja demi memantapkan lagi kedudukan JDT dalam Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: